Pakcik tua gigih pikul tong, jual aiskrim RM1

Warga emas gigih pikul tong berisi aiskrim demi mencari rezeki. - Foto Facebook Nurdiana
Warga emas gigih pikul tong berisi aiskrim demi mencari rezeki. - Foto Facebook Nurdiana
A
A
A

TAWAU - Seorang warga emas masih gigih mencari rezeki dengan berjalan kaki dari kampung ke kampung semata-mata mahu menjual aiskrim berharga RM1 di sekitar Tawau, Sabah.

Pendedahan itu dikongsi oleh pemilik akaun Facebook, Nurdiana Mohd Rapi yang bersimpati terhadap lelaki itu sebelum tular di media sosial.

Menurutnya, warga emas itu berjalan kaki sambil memikul tong berisi aiskrim sambil membunyikan hon pada tangannya dari Kampung Pukat hingga ke Kampung Logpond dan tiba di kawasan rumahnya.

"Berbaju hitam, pakai pelitup muka, dengan kudrat tidak seberapa angkat tong 'pink' di bahu kanannya, tangan kiri memicit hon. ALLAH, automatik terus sebak!

"Tanya dari mana, dia jawab dari Kampung Pukat berjalan kaki sampai ke Logpond terus putar sampai ke sini. Jalan kaki pakcik? Jawabnya ya!" tulisnya.

Paparan Facebook Nurdiana menarik perhatian umum.
Paparan Facebook Nurdiana menarik perhatian umum.

Sebak melihat keadaan warga emas tersebut, Nurdiana meminta orang ramai untuk membeli jualan yang berharga hanya RM1 sekiranya terserempak pakcik berkenaan di tepi jalan.

"Saya tak minta banyak sama kamu yang membaca ni, tapi kalau kamu jumpa pakcik ni, belilah aiskrimnya, RM1 ja.

Artikel Berkaitan:

"Sedap juga aiskrimnya. Anggaplah sebagai bantuan kecil kita untuk dia. Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepas tu turun mana-mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki ja," katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga mendoakan semoga warga emas itu diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi sentiasa.

Sangat menjentik hati dan perasaan ku petang ni Terbaca satu posting dari adik Atma Febrianti baru ja tadii . Bangun...

Posted by Nurdiana Mohd Rapi on Saturday, July 4, 2020

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!