Suasana sedih, pilu selubungi unit forensik HSJ

Mayat mangsa ketika tiba di perkarangan unit forensik Hospital Seberang Jaya.
Mayat mangsa ketika tiba di perkarangan unit forensik Hospital Seberang Jaya.
A
A
A

BUTTERWORTH - Suasana pilu dan hiba menyelubungi sekitar pekarangan unit forensik Hospital Seberang Jaya setelah mayat mangsa kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang pagi Ahad lalu tiba di sini sebentar tadi.

Kelihatan ahli keluarga serta rakan kepada mendiang Moey Yun Peng,20, tidak dapat menahan sebak.

Difahamkan ahli keluarga serta rakan mangsa datang ke unit forensik ini bagi proses pengecaman seawal jam 5 petang tadi.

No Image Caption



No Image Caption

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu itu, mangsa Moey Yun Peng, 20 yang sedang memandu kereta SUV Mazda CX-5 berwarna putih di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke laut akibat dirempuh sebuah Toyota Vios.

Mangsa merupakan pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth.

No Image Caption

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menyambut hari jadi rakannya di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini.

Artikel Berkaitan:

Ketika tiba di KM4.0 Jambatan Pulau Pinang, sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu rakannya terbabas lalu merempuh kereta mangsa.

Kelihatan ahli keluarga dan rakan mangsa di perkarangan unit forensik Hospital Seberang Jaya.
Kelihatan ahli keluarga dan rakan mangsa di perkarangan unit forensik Hospital Seberang Jaya.



Operasi membawa naik kereta SUV Mazda CX-5 yang terjunam ke laut berjaya dinaikkan sepenuhnya ke Jambatan Pulau Pinang pada jam 6.05 petang.

Tempoh menaikkan kenderaan itu mengambil masa kira-kira 20 minit bermula 5.45 petang.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!