Sektor pelancongan pulih dalam tempoh empat tahun

Muhyiddin berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Muhyiddin berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sektor pelancongan memerlukan empat tahun untuk pulih seperti sediakala setelah terkesan akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa langkah perlu diambil bagi memulihkan semula sektor tersebut.

"Menurut unjuran Majlis Tindakan Ekonomi, sektor ini akan pulih dalam masa empat tahun dan ia merupakan jangka masa yang panjang," katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut hanya sebahagian pemain industri sahaja dapat mengekalkan kedudukan mereka.

"Sebahagiannya terpaksa menamatkan perniagaan akibat mengalami kerugian dan lahirlah pemain baharu," katanya.

Beliau berkata, pemain industri pelancongan perlu dibantu bagi mengembalikan pendapatan terbesar negara.

"Sektor ini menyumbang hampir RM80 bilion kepada pendapatan negara," katanya.

Dalam fasa pemulihan wabak Covid-19, Muhyiddin berkata, negara berada dalam keadaan sukar bagi memulakan ekonomi dan kehidupan sosial.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun wabak Covid-19 belum selesai sepenuhnya sehingga vaksin ditemui, tetapi kerajaan telah mengambil langkah ke hadapan berbanding negara lain.

"Namun begitu untuk mencapai ke tahap normal, kita perlu berusaha gigih, berani dan bertanggungjawab," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin hadiri perjumpaan bulanan buat julung kali

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!