Israel lancar serangan ke atas sasaran Hamas

Gambar fail menunjukkan kepulan asap akibat serangan tentera Israel di Genting Gaza. - FOTO: AFP
Gambar fail menunjukkan kepulan asap akibat serangan tentera Israel di Genting Gaza. - FOTO: AFP
A
A
A

TEL AVIV - Beberapa buah jet Israel menyerang kedudukan Hamas di Genting Gaza pada malam Ahad lalu, kata sumber pasukan keselamatan Palestin kepada agensi berita AFP.

Bagaimanapun, sumber tersebut membuat kenyataan berkenaan selepas rejim Zionis melaporkan tiga roket Hamas dilancarkan ke wilayah Yahudi itu.

"Awal malam ini (malam Ahad lalu) tiga roket dilancarkan dari Genting Gaza ke arah Israel," kata kenyataan itu dalam bahasa Inggeris.

"Sebagai tindak balas, helikopter-helikoter dan jet-jet menyerang sasaran pengganas Hamas," tambah kenyataan itu.

Setakat ini tidak ada laporan tentang kematian dan kecederaan daripada kedua-dua pihak.

Pihak tentera berkata, sistem pertahanan Israel, Iron Dome memintas roket ketiga.

Pertubuhan Islam itu memberi amaran kepada Israel lewat Jun lalu bahawa rancangannya untuk menambah penempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat yang didudukinya itu adalah sama seperti satu 'deklarasi perang.'

Israel dan Hamas telah berperang sebanyak tiga kali dengan yang terbaharu pada tahun 2014 sehingga menyebabkan 2,251 penduduk Palestin terbunuh dan 24 orang di sebelah pihak Israel. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!