Yang Dipertua Melaka terima kunjungan hormat Menteri KKMM

Tun Mohd Ali (kanan) beramah mesra bersama Saifuddin (dua dari kiri) semasa menerima kunjungan hormat menteri tersebut di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini. Foto: Bernama
Tun Mohd Ali (kanan) beramah mesra bersama Saifuddin (dua dari kiri) semasa menerima kunjungan hormat menteri tersebut di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

MELAKA - Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Turut hadir pada pertemuan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Suriani Ahmad.

Dalam kunjungan lebih sejam bermula 10 pagi itu, Mohd Ali turut menerima cenderahati berupa kain tenun Pahang daripada Saifuddin.

Saifuddin berada di Melaka sempena lawatan kerja kali pertama beliau ke negeri ini selepas dilantik sebagai Menteri di KKMM.

Terdahulu, beliau yang tiba di Seri Negeri pada 9.30 pagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.

Kedatangan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!