Polis sahkan identiti mayat berdasarkan dompet mangsa

Mangsa ditemui masih berada dalam kereta yang remuk
Mangsa ditemui masih berada dalam kereta yang remuk
A
A
A

GEORGETOWN - Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam kenderaan SUV Mazda CX-5 berwarna putih merupakan pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan penemuan dompet mangsa yang masih berada di dalam poket seluarnya.

Menurutnya, ketika ditemui, mayat mangsa masih berada di tempat duduk pemandu kerana mangsa memakai tali pinggang keledar ketika kejadian.

"Polis yakin identiti mangsa kerana dompetnya masih berada dalam poket seluar yang dipakainya. Keadaan mayat, secara luarannya ia sempurna kerana mangsa memakai tali pinggang keledar dan 'air bag' kenderaan itu juga terbuka.

"Namun kita perlu tunggu laporan bedah siasat yang akan diadakan malam ini (semalam) di Hospital Seberang Jaya.

Keadaan kenderaan remuk teruk kerana dirempuh ketika kemalangan sebelum kenderaan itu terjunam ke laut," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan dibawa keluar dari kedalaman 15 meter dari dasar laut kira-kira jam 5.45 petang.

"Usaha mengangkat naik kenderaan itu mengambil masa kira-kira 20 minit dengan bantuan kren. Kenderaan itu berjaya dibawa keluar pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan 40 penyelam.

Artikel Berkaitan:

"Agensi-agensi itu adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (lapan), Jabatan Bomba dan Penyelamat (10), Pasukan Polis Marin (lapan) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (14). Operasi hari ini (semalam) melibatkan 127 anggota dari kesemua agensi tersebut," katanya.

Narenasagaran berkata, operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid itu mengambil masa tiga hari kerana faktor cuaca, arus dan keselamatan penyelam.

Beliau berkata, sebanyak 14 bot digunakan dalam operasi semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: