Nga Kor Ming, jangan sibuk hal Terengganu!

Syaiful Irfan Anang
Syaiful Irfan Anang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming diingatkan tidak perlu campur tangan dalam hal ehwal Terengganu termasuk melibatkan keputusan melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga di pawagam.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Syaiful Irfan Anang berkata, pelaksanaan itu selari dengan peraturan baharu mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.

"Kebanyakan rakyat Terengganu akur dan menyokong usaha Kerajaan Terengganu untuk menegakkan hukum Islam dengan mengenakan larangan sedemikian.

"Keputusan itu juga saya pasti telah mengambil kira populasi rakyat Terengganu yang lebih 90 peratus masyarakat Islam.

"Saya melihat keputusan itu dibuat bagi mengelakkan masalah yang lebih besar yang mungkin terjadi apabila ada pasangan yang di bawah umur tidak dapat diawasi oleh ibu bapa apabila mereka menonton wayang.

"Maka, langkah-langkah pencegahan sebegini dianggap wajar bagi menjaga batas pergaulan sosial," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Panggung wayang asing tempat duduk lelaki, wanita bukan mahram

Jelas Syaiful Irfan, penduduk bukan Melayu dan bukan beragama Islam di Terengganu sudah lama tinggal bersama dan tidak pernah merungut selain serta bebas menganuti ajaran agama masing masing.

"Kami tidak perlu suara sumbang DAP yang datang dari luar Terengganu yang kononnya cuba untuk menjadi pembela kepada mereka, selagi mereka tidak rasa tertindas dengan isu sebegini.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya Kor Ming telah menunjukkan bahawa DAP amatlah terdesak untuk menjadi batu api bagi menaikkan kemarahan dengan menggunakan isu kaum kononnya masyarakat bukan Islam khuatir dan bimbang dengan mengaitkan isu ini dengan pembekuan lesen baharu alkohol di Kuala Lumpur," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!