Tiada jangkitan Covid-19 terhadap pengundi PRK Chini
PUTRAJAYA- Tiada jangkitan koronavirus (Covid-19) melibatkan enam pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang sebelum ini bergejala.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam.
"Kita telah asingkan mereka yang bergejala dan saringan dilakukan mendapati tiada antara mereka positif Covid-19," katanya.
Sabtu lalu semasa hari pengundian, seramai 98 pengundi dirujuk ke pondok rawatan selepas gagal pada ujian suhu badan selain menunjukkan simptom seperti Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!