Pemandu bas mati otak dipukul penumpang enggan pakai pelitup muka

Bas di Perancis. - Foto Sumber Internet
Bas di Perancis. - Foto Sumber Internet
A
A
A

PARIS - Seorang pemandu bas di Bayonne, Perancis mati otak selepas diserang oleh beberapa orang penumpang yang enggan memakai topeng muka semalam.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian beberapa individu cuba menaiki bas itu pada malam semalam tanpa tiket dan topeng muka yang diwajibkan, apabila menaiki kenderaan awam di seluruh Perancis.

Difahamkan, pemandu bas yang berusia lingkungan 50-an itu cuba menghalang mereka daripada memasuki bas tersebut sebelum dia ditumbuk beberapa kali hingga menyebabkan kecederaan serius di kepala.

Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital dan doktor hari ini mengesahkan dia mengalami mati otak.

Susulan daripada kejadian itu, perkhidmatan bas wilayah terganggu hari ini selepas beberapa rakan pemandu bas itu enggan bekerja sebagai tanda tunjuk perasaan terhadap serangan kejam tersebut.

Polis turut berkata, seorang suspek ditahan sementara yang lain masih diburu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!