Gempa bumi 6.6 magnitud landa Pulau Jawa
JAKARTA - Gempa bumi berskala 6.6 magnitud melanda di luar pesisiran Kepulauan Jawa awal hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).
Gempa bumi pada kedalaman 500 kilometer itu mempunyai kadar kerosakan dan kecelakaan yang rendah.
Gempa bumi itu melanda 100 kilometer di luar bandar Batang pada waktu sekitar matahari terbit.
Indonesia kerap mengalami gempa bumi kerana ia terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!