Persiapan Sukma 2020 sudah capai 97 peratus

Reezal Merican meninjau persiapan dan kemudahan venue Sukma Johor 2020 di Pusat Akuatik Arena Larkin, Johor Bahru hari ini.
Reezal Merican meninjau persiapan dan kemudahan venue Sukma Johor 2020 di Pusat Akuatik Arena Larkin, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

PERSIAPAN fasiliti dan venue untuk Sukan Malaysia Johor (Sukma 2020) tidak terjejas walaupun projek pembinaan tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpuas hati dengan perjalanan projek di setiap venue yang kini mencapai tahap 95 hingga 97 peratus siap.

"Hanya beberapa fasiliti masih dalam proses untuk disiapkan malah ada yang sudah siap sepenuhnya termasuk disiapkan lebih awal daripada tarikh ditetapkan.

"Saya optimis semua venue boleh disiapkan selewat-lewatnya lima bulan sebelum Sukma dianjurkan," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau persiapan venue Sukma Johor 2020 di Pusat Akuatik Arena Larkin, di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud.

Reezal Merican meninjau persiapan dan kemudahan venue Sukma Johor 2020 di Pusat Akuatik Arena Larkin, Johor Bahru hari ini.
Reezal Merican meninjau persiapan dan kemudahan venue Sukma Johor 2020 di Pusat Akuatik Arena Larkin, Johor Bahru hari ini.

Sukma ke-20 sepatutnya diadakan pada 11 hingga 19 Julai ini namun ditunda akibat Covid-19.

Sebelum ini, Reezal Merican menetapkan 6 hingga 14 Mac 2021 sebagai tarikh baharu Sukma namun bergantung kepada keputusan dalam mesyuarat yang akan datang.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai tarikh baharu penganjuran Sukma 2020 dan Sukan Malaysia, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dijadualkan Oktober ini.

Jelasnya, mesyuarat tersebut juga akan memutuskan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai dalam penganjuran Sukma 2020 berdasarkan ketetapan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Perkara ini bukan di bawah bidang kuasa saya untuk umumkan kaedah yang akan dikenakan oleh pihak kerajaan, tapi apa pun pasca PKPP akan menjadi garis panduan tentang kaedah yang akan kita laksanakan dalam Sukma 2020 pada tahun depan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!