Pelajar asing di AS berdepan pengusiran besar-besaran
NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) tidak akan membenarkan pelajar asing tinggal di negara itu jika semua kelas mereka pada musim luruh ini dilakukan secara dalam talian susulan pandemik Covid-19.
Penguat kuasa Imigresen dan Kastam AS (ICE) dalam satu kenyataan memberitahu, Jabatan Negeri AS tidak akan mengeluarkan visa kepada pelajar yang mendaftar di kolej atau program yang beroperasi sepenuhnya secara dalam talian bagi semester musim luruh.
Di bawah peraturan baharu itu, Kastam dan Perlindungan Sempadan AS juga tidak akan membenarkan pelajar tersebut daripada memasuki Washington.
"Pelajar yang berada di AS yang programnya telah beralih kepada dalam talian perlu meninggalkan negara. Jika tidak, mereka bakal berdepan akibat imigrasi termasuk proses penyingkiran," jelas ICE.
Senator Bernie Sanders bagaimanapun mengkritik keputusan itu dengan menyifatkan kekejaman Rumah Putih tidak mengenal sempadan.
"Pelajar asing diancam dengan pilihan mempertaruhkan nyawa mereka untuk ke kelas atau dihantar pulang," katanya. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!