Tunggakan cukai RM37.6 juta

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

AWANG tak terperanjat sangat dengan berita Mahkamah Tinggi arahkan anak Tuk Seri Bossku Najib bayar tunggakan cukai RM37.6 juta. Menurut dakwaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nazifuddin Najib tak bayar cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Kita semua tahu ada anak-anak mantan Perdana Menteri yang kaya-raya. Syukur alhamdullilah. Maklumlah nak buat bisnes kat Malaysia kena ada kabel yang besar kata orang. Jadi, ada juga cerita tentang anak Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan anak Bossku Tuk Seri Najib yang buat bisnes besar.

Cuma tak macam anak Perdana Menteri yang lain, Mohd Nazifuddin tak bayar cukai seperti yang dituntut oleh LHDN, maka masuklah cerita itu dalam surat khabar. Ada dua lagi anak Tuk Seri Bossku Najib yang ada kes dengan LHDN, Nooryana Najwa dan Mohd Nizar.

Awang tabik pada mereka yang kaya-raya itu. Nak tuduh mereka berjaya oleh sebab ayah mereka PM tak adil juga. Ada yang memang cerdik pandai hal bisnes. Mereka ada hak untuk berniaga macam orang lain juga.

Awang cuma harap, dah kaya-raya ingatlah pada rakyat. Bayarlah cukai yang sepatutnya. Cukai itu masuk dalam pendapatan negara. Duit itulah yang nak buat projek pembangunan dan bantu rakyat susah. Tak semua orang bernasib baik lahir sebagai anak PM di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!