Pengguna bersedia hadapi gangguan bekalan air

Tarmizi berharap gangguan bekalan air yang berlaku kali ini tidak berlarutan dalam jangka masa yang panjang.
Tarmizi berharap gangguan bekalan air yang berlaku kali ini tidak berlarutan dalam jangka masa yang panjang.
A
A
A

KLANG - Penduduk Taman Angkasa, Seri dan Saujana berharap tempoh gangguan bekalan air yang bermula 14 Julai depan dapat dipendekkan berikutan kesukaran menguruskan tugas harian terutama keluarga besar.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terbabit mendapati penduduk sudah mula membuat persiapan bagi mengurangkan masalah dalam tempoh dua hari gangguan bekalan.

Bapa kepada lima orang anak yang masih kecil, Tarmizi Ayub, 41, berkata, gangguan bekalan air membimbangkan kerana perlu membuat persediaan bagi mengelakkan gangguan rutin harian.

"Buat masa ini saya sudah menyediakan empat tong besar dan dua tong kecil untuk kegunaan kami sekeluarga," katanya yang berharap Air Selangor dapat menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.

Katanya gangguan bekalan air yang bakal berlaku itu bukan kali pertama tetapi beliau bersyukur kerana

Air Selangor menyediakan lori tangki air.

N.Thillai bersama isterinya sedang menahan air di dalam tong sebagai persediaan untuk menghadapi gangguan bekalan air bermula 14 Julai ini.
N.Thillai bersama isterinya sedang menahan air di dalam tong sebagai persediaan untuk menghadapi gangguan bekalan air bermula 14 Julai ini.

Bagi N Thillai, 65, beliau bersedia dengan gangguan bekalan air yang bakal berlaku kerana sudah menerima makluman awal daripada Air Selangor.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau menyediakan empat tong untuk menyimpan air kerana tidak mampu untuk berulang-alik ke pili awam yang disediakan di kawasan perumahan mereka.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, G Gunaraj berharap gangguan bekalan air kali ini dapat diselesaikan segera oleh Air Selangor.

"Air Selangor telah memaklumkan perkara ini lebih awal dan penduduk dapat membuat persediaan.

"Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa mempunyai skuad khas yang mana akan membantu masyarakat terlibat dengan membawa bekalan air menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Terdahulu, lebih 472,000 pemilik akaun di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air berjadual selama empat hari bermula 14 Julai ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!