Tiga kereta hangus dijilat api

Salah sebuah kereta yang terbakar dalam kejadian di kawasan parkir Flat Taman Bagan di sini pagi tadi.
Salah sebuah kereta yang terbakar dalam kejadian di kawasan parkir Flat Taman Bagan di sini pagi tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Tiga buah kereta yang diletakkan di kawasan parkir Flat Taman Bagan di sini hangus dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Butterworth bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi terbabit pihaknya mendapati tiga buah kereta jenis Hyundai Elantra, Perodua Kelisa dan Volkwagen Pasat sedang terbakar.

"Api berjaya dikawal dan dipadamkan tidak lama kemudian.

"Tiada individu atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Anggota bomba sedang giat memadamkan kebakaran yang melibatkan tiga buah kereta di kawasan parkir Flat Taman Bagan di sini pagi tadi.
Anggota bomba sedang giat memadamkan kebakaran yang melibatkan tiga buah kereta di kawasan parkir Flat Taman Bagan di sini pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya telah mengambil keterangan salah seorang pemilik kereta berkenaan.

Menurutnya, ketika pemilik kereta jenis Hyundai Elantra mahu menghidupkan enjin keretanya, dia mendapati api naik menjulang tinggi di sebelah kiri keretanya dan melihat kereta jenis Perodua Kelisa yang diparkir di sebelah juga terbakar.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki itu memaklumkan ada terbau petrol sebelum masuk dan menghidupkan enjin kereta. Dia kemudiannya mencari kesan tumpahan minyak di bawah keretanya tetapi tiada kesan.

"Setakat ini kita masih belum dapat klasifikasikan kes sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak memandangkan masih belum menerima hasil siasatan daripada pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!