Hospital Pendang siap Disember tahun depan

Tapak projek Hospital Pendang yang dalam pembinaan di Kampung Banggol Pauh hari ini.
Tapak projek Hospital Pendang yang dalam pembinaan di Kampung Banggol Pauh hari ini.
A
A
A

PENDANG- Hospital Pendang yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun hadapan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ketika ini pembinaan hospital berkenaan siap kira-kira 30 peratus selain pihak kontraktor turut menunjukkan prestasi yang sangat baik.

"Tiada kelewatan luar biasa berlaku melainkan kerja-kerja pembinaan tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Sekarang ini semua 129 pekerja binaan warga asing disaring disahkan negatif. Kalau tidak kerana PKP, mungkin pembinaannya sudah separuh siap," katanya.

Muhammad Sanusi (tengah) ketika sidang media.
Muhammad Sanusi (tengah) ketika sidang media.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Pendang di sini hari ini.

Menurutnya, sementara itu proses pengambilan tanah untuk pembinaan jalan masuk ke hospital itu akan diselesaikan secara berperingkat.

Projek hospital yang terletak di Kampung Banggol Pauh itu mula diumumkan pada 2004 namun menghadapi pelbagai krisis sebelum ia akhirnya mula dilaksanakan pada Disember 2018.

Artikel Berkaitan:

Hospital yang berkeluasan 17 hektar dengan jumlah 126 katil itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk di daerah berkenaan.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk menyegerakan pembinaan sebuah masjid terapung di daerah tersebut dengan kos berjumlah RM16juta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!