Ikan kerapu gergasi seberat lebih 200 kg ditangkap
CAPE CORAL, Florida - Seorang lelaki yang hanya dikenali dengan nama Mike tidak menyangka memperoleh tangkapan seekor ikan kerapu gergasi seberat 204.1 kilogram (kg) pada Jumaat lalu di Cape coral, Florida, Amerika Syarikat (AS) sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.
Menurut portal berita Global News pada 7 Julai lalu, ikan itu berjaya ditangkap selepas berlaku satu pertarungan sehingga menyebabkan dua pemancing dari sebuah bot terjun ke laut semasa memancing haiwan tersebut.
Mike yang berjaya memancing ikan tersebut bertindak terjun ke dalam laut untuk merakamkan gambar yang menunjukkan tangkapannya bersama haiwan tersebut manakala rakannya dikenali sebagai Eric memegang joran.
Mike yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30 tahun pada mulanya diberitahu dia akan dibawa menyaksikan seekor dugong dalam satu pelayaran.
Pelayaran itu dirancang oleh Eric iaitu veteran tentera dan pernah berjuang di Afghanistan dan kekasihnya, Jenny yang merupakan seorang jururawat.
Menurut Ben Chaney iaitu kapten bot Chew On This Carter yang membawa Mike dan kumpulannya, Mike berjaya membuat tangkapan itu selepas dia mengesan kehadiran hidupan laut tersebut pada permukaan air laut yang jernih.
Mike kelihatan melakukan tugas dengan baik menyebabkan Chaney membiarkannya mengendalikan tangkapan itu dengan jorannya.
Namun, apabila Mike terlepas joran ke dalam laut, Jenny kemudian dapat mengesannya kira-kira 20 minit kemudian kerana air laut yang kelihatan jernih.
Mereka kemudian merancang untuk berenang sedalam 12 meter ke dasar laut dan mengambil joran tetapi bernasib baik apabila ia dapat diambil dengan mencangkuknya pada sauh bot.
Kesemua mereka kemudian mendapati ikan kerapu itu masih tersangkut pada joran Mike. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!