Nahas Jambatan P Pinang: Jangan buat spekulasi

Ahli keluarga mangsa di perkarangan unit Forensik, Hospital Seberang Jaya.
Ahli keluarga mangsa di perkarangan unit Forensik, Hospital Seberang Jaya.
A
A
A

SEBERANG JAYA - 'Kami serahkan kepada pihak berkuasa, itu kata-kata yang diungkapkan oleh individu dipercayai saudara kepada mangsa kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, Moey Yun Peng, 20 ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya semalam.

Individu berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata keluarganya berharap orang ramai tidam membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini.

"Kami amat sedih dengan apa yang berlaku, dan masa sama kami berharap agar siasatan terhadap kejadian itu dijalankan dengan adil.

"Kami sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya berhubung kejadian ini," katanya.

Jelasnya juga, mereka sekeluarga memohon agar diberikan ruang dalam menghadapi semua ini.

Jenazah mendiang Moey Yun Peng selesai dibedah siasat kira-kira jam 10 malam dan akan dibawa ke kediamannya di Taman Kempas, Butterworth.

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu itu, mangsa Moey Yun Peng, 20 yang sedang memandu kereta SUV Mazda CX-5 berwarna putih di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke laut akibat dirempuh sebuah Toyota Vios.

Mangsa merupakan pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth.

Artikel Berkaitan:

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menyambut hari jadi rakannya di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini.

Ketika tiba di KM 4.0 Jambatan Pulau Pinang, sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu rakannya terbabas lalu merempuh kereta mangsa.

Operasi membawa naik kereta SUV Mazda CX-5 yang terjunam ke laut berjaya dinaikkan sepenuh ke Jambatan Pulau Pinang pada jam 6.05 petang.

ARTIKEL BERKAITAN:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!