PM lancar logo sambutan 50 tahun Rukun Negara
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara hari ini.
Dipancarkan di layar skrin dengan animasi 3-Dimensi, logo yang julung kali dicipta itu dilancarkan selepas Perdana Menteri menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra di sini.
Lima jalur simbolik lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi; bulan dan bintang melambangkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.
Tengkolok berkerawang bulan dan bintang simbol prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Ia juga melambangkan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Angka 50 sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara dan biru melambangkan amalan perpaduan dalam Kesopanan dan Kesusilaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!