Pelihara ekosistem demi keselamatan penyu di Pulau Redang

Sebahagian pengunjung yang dibawa untuk melihat dan bermain dengan penyu di Pulau Redang.
Sebahagian pengunjung yang dibawa untuk melihat dan bermain dengan penyu di Pulau Redang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengunjung yang berkunjung ke Pulau Redang perlu peka dengan ekosistem di kawasan itu bagi memastikan keselamatan penyu yang menjadi simbol tarikan utama pulau berkenaan.

Pengusaha Aziz Boat Services To Redang, A Aziz Awang, 46, berkata, usaha itu perlu mendapat kerjasama semua dalam membantu meningkatkan lagi kunjungan penyu yang menjadi daya tarikan utama di lokasi berkenaan.

"Ekosistem di kawasan pulau itu perlu dipelihara supaya keselamatan penyu dapat dijaga sekaligus memastikan kesinambungan haiwan ini sebagai daya tarikan di sini.

"Kebanyakan penyu yang ada di sini dapat dilihat oleh pengunjung yang datang malah mereka juga boleh bermain dan menyentuh haiwan itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

A Aziz berkata, beliau berpengalaman membawa pelancong luar ke situ untuk melihat penyu daripada spesies agar di Pantai Teluk Dalam.

Katanya, beliau juga sering mengingatkan pengunjung supaya menjaga penyu di kawasan itu dengan baik.

"Pengunjung yang datang ke sini diingatkan untuk tidak membuat khianat kepada haiwan ini yang sering ke sini untuk memakan rumpai laut dan alga di kawasan ini.

"Kawasan ini juga perlu dipelihara daripada sampah sarap terutama plastik yang mengancam keselamatan penyu di sini.

Artikel Berkaitan:

"Usaha ini perlu mendapat kerjasama semua kerana kewujudan haiwan itu di kawasan ini menjadi tarikan utama sekaligus memberi limpahan rezeki kepada pengusaha pelancongan di kawasan ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!