'Kasut Emas tak penting'

Jamie Vardy
Jamie Vardy
A
A
A

PENYERANG sensasi Leicester City, Jamie Vardy tidak mahu memikirkan mengenai peluangnya memenangi Kasut Emas dan hanya fokus membantu Leicester City layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Menurutnya, gelaran individu bukanlah misi utamanya dengan melihat matlamat lebih besar membawa pasukan menyudahkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat terbaik.

Vardy ketika ini sudah mencetak 22 gol dan berada di kedudukan teratas sebagai penjaring terbanyak EPL dan dicabar oleh penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dengan 20 dan penyerang Liverpool, Mohamed Salah 19 gol.

Dengan empat lagi baki perlawanan, pemain berusia 33 tahun itu berpeluang melebarkan jumlah jaringannya dan menambah koleksi kasut emas yang pertama kali dimenanginya pada 2016.

"Saya sudah katakan sebelum ini, tak ada masalah siapa yang menjaringkan gol asalkan kami mampu meraih mata.

"Pada akhirnya ini semua tentang pasukan dan anda perlu tampil bagus untuk meraih seberapa banyak mata yang boleh.

"Kami menang perlawanan sebelum ini dan amat penting untuk menjaga aksi konsisten itu. Tumpuan saya tidak terjejas dan fokus untuk perlawanan seterusnya sehingga kami sah layak ke Liga Juara-Juara musim depan," katanya.

Leicester ketika ini berada di kedudukan keempat liga dengan 59 mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!