Seludup 139 kambing guna sampan

PGA Batalion 7 Kuantan merampas 139 ekor kambing yang diseludup menggunakan sampan dari Thailand.
PGA Batalion 7 Kuantan merampas 139 ekor kambing yang diseludup menggunakan sampan dari Thailand.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas 139 ekor kambing yang diseludup dari Thailand menggunakan sampan dalam serbuan di pangkalan haram Pos Rela, Bakong di sini semalam.

Serbuan jam 1.30 petang itu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM166,800.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintenden Azhari Nusi berkata, sebelum melakukan serbuan anggota telah melakukan intipan dan mendapati enam lelaki berada di dalam perahu dengan membawa muatan kambing dari tebing negara jiran.

Katanya, sebaik menyedari menyedari kehadiran anggota PGA kumpulan lelaki yang sedang menurunkan kambing dari perahu bertindak melarikan diri ke negara jiran dengan menaiki perahu dan meninggalkan kambing tersebut di tebing sungai Golok.

"Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menjumpai segerombolan kambing yang disorokkan di dalam semak berhampiran lokasi serbuan.

"Kesemua kambing-kambing tersebut dibawa ke Balai Polis Bakong untuk siasatan mengikut Seksyen 11(1), Akta Maqis 2011," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azhari berkata, PGA Batalion 7 tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan jenayah rentas sempadan atau penyeludupan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!