'Syukur lebih ramai jemaah dapat solat Jumaat'

71 jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Al Huda, Taman Perpaduan Ulu Kinta, hari ini.
71 jemaah menunaikan solat Jumaat di Surau Al Huda, Taman Perpaduan Ulu Kinta, hari ini.
A
A
A

IPOH - "Sebelum ini susah nak dapat peluang solat Jumaat di masjid, Alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan dipermudahkan solat di surau ini," kata Mustafar Rahadi, 50, dari Taman Perpaduan, Ulu Kinta di sini.

Mustafar antara 71 jemaah yang berpeluang menunaikan solat Jumaat di Surau Al Huda, Taman Perpaduan susulan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang membenarkan semua surau berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melaksanakan solat Jumaat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Menurutnya, sebelum ini penduduk di kawasan taman itu sukar untuk menyertai solat Jumaat di masjid-masjid berhampiran kerana telah dihadkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mustafar Rahadi
Mustafar Rahadi

"Seperti minggu lepas, saya cuba ke masjid, tetapi tak dibenarkan masuk kerana sudah penuh, ada sesetengahnya lambat sikit, terus tak dapat masuk, tetapi kita akur kerana itu untuk keselamatan masing-masing.

"Jadi dengan adanya kebenaran solat Jumaat di surau, lebih ramai penduduk dapat solat bersama, seperti hari ini, ramai kariah yang seronok dapat kembali solat Jumaat," katanya.

Pemeriksaan suhu antara SOP yang dititikberatkan sebelum membenarkan jemaah mebgikuti solat Jumaat di Surau Al Huda, Tamab Perpaduan, hari ini.
Pemeriksaan suhu antara SOP yang dititikberatkan sebelum membenarkan jemaah mebgikuti solat Jumaat di Surau Al Huda, Tamab Perpaduan, hari ini.

Bagi Ahmad Shukur Arifin, 20, pula kedudukan surau yang lebih dekat dengan kawasan rumah memudahkan urusan jemaah terutama bagi mereka yang bekerja dan telah berusia.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk beratur dan sebahagiannya boleh datang dengan hanya berjalan kaki.

"Kebetulan rumah saya depan surau, jadi mudahlah untuk saya datang awal," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al Huda, Mohamad Khir Mohamad Ramli berkata, permohonan kebenaran solat Jumaat di surau itu telah dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan diluluskan, semalam.

Katanya, surau itu didirikan sejak dua tahun lalu untuk kemudahan lebih 400 penduduk taman berkenaan dan pada hari kebiasaan boleh memuatkan lebih 200 jemaah.

Mohamad Khir Mohamad Ramli
Mohamad Khir Mohamad Ramli

"Oleh kerana ada SOP perlu kita patuhi, ruang utama solat hanya boleh memuatkan 71 jemaah sahaja.

"Kita berpuas hati dengan pematuhan dijalankan yang mana jemaah hadir membawa sejadah sendiri, lakukan pemeriksaan suhu dan mengimbas kod QR disediakan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perak benar solat Jumaat di surau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!