Gempa bumi landa kepulauan Prince Edward
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Prince Edward pada 3.01 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, pusat gempa itu terletak 43.1 darjah selatan dan 42.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer, kira-kira 1,675 kilometer tenggara dari East London, Afrika Selatan.
Kenyataan itu berkata gempa itu tidak membawa ancama tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!