'Jangan samakan Bersatu dengan Semangat 46'

 Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh
Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh
A
A
A

IPOH - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyifatkan menyamakan Bersatu dengan Semangat 46 dalam isu bubar parti adalah satu kenyataan yang lemah.

Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, ia sama sekali kenyataan politik yang tidak diasaskan dengan sifir dan formula politik matang.

"Menyamakan Bersatu dengan Semangat 46 itu satu isbat yang lemah fikir, hakikatnya Semangat 46 tidak pernah menewaskan UMNO.

"Bercakap berdegar-degar supaya Bersatu dibubarkan dan semua ahlinya kembali kepada UMNO, ini (hanyalah) cakap politik orang yang dangkal dan jumud," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, UMNO Perak mencadangkan agar Bersatu dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula UMNO.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, penyertaan semula bekas ahli ke dalam UMNO bukan sesuatu yang baharu memandang ia pernah berlaku selepas Parti Semangat 46 dibubarkan pada 1996.

Mengulas lanjut, Mohd Hafez Mubin berkata, UMNO perlu belajar dari sejarah bahawa sikap angkuh dan takbur boleh membuatkan satu-satu parti itu tersungkur.

Katanya, tidak ada sesuatu yang kekal dalam politik, sikap gah pada sahut dan maki, sindir dan keji sebenarnya hanya membuka kelemahan diri sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Memperkecil Bersatu pada saat dan ketika ini mungkin membuatkan seseorang itu popular dalam UMNO. Kononnya, mahu tampak berani dan lantang.

"Padahal yang sebenarnya ternampak jelas adalah sifat orang yang angkuh dan terlalu ujub dengan kehebatan diri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bubar sahaja Bersatu, kata pemimpin UMNO

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!