Makanan seimbang yang lazat untuk kehidupan sihat
TAHUKAH anda bahawa 94 peratus remaja di Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran yang mencukupi?
Sejajar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Ajinomoto (Malaysia) Berhad berusaha dalam mempromosikan pemakanan seimbang melalui kempen “Pinggan Sihat” bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet harian.
Dalam usaha untuk menerapkan pengambilan sayur-sayuran yang lebih pada usia muda, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menganjurkan satu projek sekolah bagi mempromosikan diet seimbang yang sihat di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Program yang merangkumi 70 sesi bagi tahun 2018 ini telah berjaya mendidik seramai 14,000 murid sekolah menengah.
Selain itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah memanjangkan lagi inisiatif ini melalui kempen “Campur, Campur, Siap!”.
Konsep memasak secara bijak, enak dan sihat dengan pelbagai campuran sayur-sayuran yang berkhasiat dinamakan sebagai “Sayur Campur Berkuah” (SCK) pula telah banyak dikongsikan melalui satu siri jelajah pengguna di pusat-pusat membeli-belah dan kawasan-kawasan perumahan.
Video-video menarik mengenai kaedah memasak SCK yang kreatif telah dimuat naik di platform digital untuk orang ramai belajar dan menikmati sayur-sayuran yang lazat dengan cara yang mudah.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.ajinomoto.com.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!