Status Hagia Sophia sebagai muzium dibatalkan

Muzium Hagia Sophia.
Muzium Hagia Sophia.
A
A
A

ANKARA - Sebuah Mahkamah Tinggi di Turki hari ini membatalkan status muzium Hagia Sophia yang didirikan ketika era pemerintahan Empayar Byzantine pada abad keenam.

Agensi berita Anadolu melaporkan keputusan itu bakal menyaksikan tinggalan sejarah unik yang asalnya adalah sebuah katedral itu akan kembali menjadi masjid.

Difahamkan, keputusan itu dibuat Majlis Negara yang membahaskan kes difailkan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO) tempatan.

Ia sekaligus membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 yang menjadikan ia sebagai muzium setahun selepas itu.

Terdahulu, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberi amaran kepada Ankara supaya tidak menukar status Hagia Sophia di Istanbul menjadi masjid dan turut menggesa dialog diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Rancangan untuk menukar Hagia Sophia sebagai masjid turut mencetuskan kemarahan penganut Kristian dan memburukkan lagi konflik antara Turki dan Greece yang memantau tinggalan sejarah Byzantine di Ankara. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!