Pep cabar Bruyne jadi kapten City

Bruyne (kiri), calon sesuai sebagai kapten City.
Bruyne (kiri), calon sesuai sebagai kapten City.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mencabar Kevin De Bruyne untuk membuktikan dirinya bersedia untuk mengambil alih tugas selaku kapten skuad berkenaan.

Guardiola berkata, Bruyne dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menggantikan David Silva yang akan meninggalkan skuad The Citizens itu setelah menabur bakti sejak sedekad lalu di Etihad.

Menurut Guardiola, pemilihan De Bruyne turut dipengaruhi oleh kesetiaannya kepada City sejak tiba di Etihad pada 30 Ogos 2015 lalu dengan kontrak selama enam tahun.

"De Bruyne memiliki kriteria sebagai pemimpin dan bukannya sebagai ketua. Disebabkan itu, kita memilihnya untuk menerima lilitan di lengan sebagai kapten baharu City menggantikan Silva.

"Bagaimanapun, ia terpulang kepada De Bruyne kerana kebiasaannya seorang pemimpin akan membuat keputusan; selain keputusan terhadap pemain ia turut melibatkan sikap dan kelakuan, samada di padang atau di luar padang.

"Ia sebenarnya turut melibatkan hubungan dengan pasukan,khususnya bagaimana anda melihat pasukan anda. Biasanya ia akan datang sendiri tanpa paksaan. Namun, ia terserah kepadanya (Bruyne) khususnya rakan-rakan sepasukannya untuk memberikan kepercayaan kepadanya," katanya.

Untuk rekod, De Bruyne adalah pemain City yang cukup berpengaruh selain turut meledak 13 gol, 21 bantuan gol daripada 42 penampilan dalam semua pertandingan, musim ini.

Sementara itu menurut Guardiola, bintang Belgium itu turut menyatakan keinginannya untuk terus beraksi dengan City, biarpun kelab berkenaan gagal dalam rayuannya kepada UEFA, berhubung larangan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara kerana didakwa melanggar undang-undang Financial Fair Play, UEFA.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, Bruyne yang kini dilihat berada pada prestasi terbaiknya turut mengenepikan tawaran daripada beberapa pasukan terkemuka seperti Real Madrid yang mahu mendapatkan khidmatnya."De Bruyne’s adalah pemain penting City yang dalam usaha mengejar trofi Liga Juara-Juara dan Piala FA Inggeris.

Justeru, saya telah membuat keputusan untuk menurunkannya secara bergilir-gilir dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

"Ini adalah untuk memastikan pemain-pemain kita tidak berada dalam keletihan, lagi pun adakalanya pemain yang jarang beraksi berada dalam keadaan lebih baik untuk beraksi dalam perlawanan penting," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!