Tiga bangkai tikus dalam tong cuci tangan

Tiga bangkai tikus ditemui di dalam tong cuci tangan di bandar Pasuruan, Jawa, Indonesia. - Foto Detik News
Tiga bangkai tikus ditemui di dalam tong cuci tangan di bandar Pasuruan, Jawa, Indonesia. - Foto Detik News
A
A
A

JAWA - Tiga ekor bangkai tikus ditemui dalam tong berisi air cuci tangan disediakan kepada orang ramai untuk mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19) di bandar Pasuruan, Jawa, Indonesia.

Laporan Detik News, Ketua Majlis Bandaraya Pasuruan, Arie Hidayat telah menerima laporan tersebut setelah satu rakaman video menunjukkan tiga bangkai tikus berada di dalam tong, tersebar di media sosial.

"Ia sudah dimaklumkan malah tong itu sudah dibersihkan. Hanya satu tong ditemui tiga bangkai tikus.

"Bagaimanapun kita tidak mengambil tindakan undang-undang sebaliknya berlaku kesilapan," katanya.

Jelasnya, berkemungkinan ada individu sengaja meletakkan bangkai tikus di dalam tong tersebut.

"Lokasi kejadian di hadapan Sekolah Dasar Pancasila dan tidak ada kamera litar tertutup (CCTV) serta tiada saksi kejadian.

"Perkara itu diketahui selepas penduduk berhenti untuk mencuci tangan setelah keluar bersenam dan terkejut melihat tiga ekor bangkai berada di dalam tong sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Sejak bulan Mac, 170 tong cuci tangan ditempatkan di seluruh pusat bandar untuk memudahkan penduduk kerap mencuci tangan.

Artikel Berkaitan:

Sebilangan besar masih digunakan oleh penduduk, bagaimanapun penduduk membuat aduan tong kerap kali tiada air dan botol sabun telah kosong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!