Imigresen batal permit kerja Rayhan Kabir

Md Rayhan Kabir
Md Rayhan Kabir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia telah membatalkan permit kerja seorang lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu dimaklumkan imigresen kepada pihaknya bahawa permit kerja Md Rayhan, 25, sudah dibatalkan.

"Dia (Md Rayhan) perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Selasa lalu, Jabatan Imigresen memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' telah menemu bual Md Rayhan yang mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa dilayan seperti binatang, Rayhan Kabir digesa tampil

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!