Diikat Burnley ibarat satu kekalahan: Klopp
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila skuad kendaliannya itu sekadar terikat 1-1 ketika berdepan Burnley di laman sendiri kelmarin.
Kloppp menyifatkan keputusan berkenaan ibarat satu kekalahan buat skuad The Reds yang selama ini cemerlang dalam apa juga perlawanan diharungi.
Menurutnya, keputusan berkenaan sekali gus menyaksikan hasrat untuk memecahkan rekod 100 mata milik Manchester City menjadi semakin sukar kerana hanya masih berbaki tiga perlawanan untuk ditamatkan musim ini.
"Selain itu saya juga kecewa dengan pengadil perlawanan, David Coote yang dilihat tidak menjalankan tugas dengan baik. Pada perlawanan ini juga Liverpool seharusnya menjaringkan tiga gol.
"Tetapi Coote dilihat 'membiarkan' sahaja asakan-asakan dilancarkan berhampiran kotak penalti dan sudah semestinya ia mewujudkan keadaan yang merbahaya kepada pasukan," katanya.
Keputusan seri itu menyaksikan The Clarets berjaya menamatkan rekod cemerlang Liverpool di Anfield dan sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk memecahkan rekod 100 mata yang dicatatkan Manchester City sebelum ini.
Pada perlawanan berkenaan, Andrew Robertson membuka jaringan buat Liverpool pada minit ke-34, namun pemain Burnley, Jay Rondriguez berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-69.
Sementara itu, Klopp mengakui kesilapan skuad The Reds itu yang dilihat tidak 'menutup' perlawanan lebih awal hingga menyaksikan pelawat mampu berjaya menyamakan kedudukan.
"Kita tidak 'menutup' perlawanan dan mereka (Burnley) berjaya memanfaatkannya hingga membuatkan kita rasa telah tewas dalam perlawanan ini.
"Apa pun, bagi saya, ia satu perlawanan yang bagus, tetapi kami membiarkannya 'terbuka' untuk Burnley, sedangkan kami seharusnya 'menutup'nya.
"Selain itu, penjaga gol Burnley, Nick Pope bertindak cemerlang dengan menyelamatkan banyak percubaan ke arah gol.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!