Kadar jangka pendek kekal stabil, susulan operasi BNM

No Image Caption
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM32.50 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.12 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang lelongan julat tempoh kematangan RM6 bilion bagi dua hari hingga 33 hari, tender Qard lelongan julat tempoh kematangan Islam RM3.3 bilion bagi 15 hari hingga 29 hari, Program Komoditi Murabahah RM500 juta bagi 33 hari dan tender repo RM500 juta bagi 33 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM27 bilion dan tender semalaman Murabahan RM11.3 bilion. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!