Hamster kantoi lari dari sangkar
KANAGAWA - Aksi seekor hamster berjaya menyelinap keluar dari sangkar dan memanjat dinding seakan ninja menarik perhatian ramai.
Bagaimanapun hamster yang diberi nama Kuro berusia enam bulan berjaya ditangkap oleh pemiliknya Yuka Hirata, 22, di Kanagawa, Jepun, lapor Daily Mail.
Hamster berwarna hitam dan putih memanjat tembok dinding sebelum kantoi dengan Yuka.
Gaya Kuro memanjat dengan keempat kakinya mencakar dinding bagi memudahkan pergerakannya juga berjaya menarik perhatian ramai.
Gambar mencuit hati diambil Yuka tular di media sosial dan menjadi bualan hangat netizen.
Yuka telah berkongsi beberapa gambar Kuro di Instagram dan lebih daripada 600,000 tanda suka.
Dengan kapsyen, "Saya tiba-tiba (merasakan sesuatu di dinding) dan itu seperti gambar.
"Kuro biasa melarikan diri tapi ini pertama kali ia memanjat dinding," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!