Datuk guna sepanduk cari cucu
BANGKOK - Seorang datuk terpaksa menggunakan sepanduk tertera nama cucunya bagi memudahkan kanak-kanak itu mencarinya sebaik pulang dari sekolah.
Tindakan itu dilakukan berikutan semua pelajar disaran memakai pelitup muka dan dia bimbang tidak dapat mengecam wajah cucunya.
Menerusi perkongsian Biony Bell Boonyuen di akaun Facebook, dia menunjukkan seorang lelaki di Thailand membawa sepanduk kecil semasa menunggu cucunya keluar dari sekolah.
Dia menulis, "Normal baharu. Sukar untuk kenal anak anda terutama apabila mereka semua memakai topeng muka. Inilah cara terbaik dan betul. Betapa comelnya datuk ini."
Menurut Bangkok Post, semua sekolah di Thailand telah dibuka semula pada 1 Julai lalu dengan syarat yang perlu dipatuhi.
Peraturan kebersihan yang ketat seperti jarak sosial, memakai pelitup muka dan perlu menjalankan pemeriksaan suhu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!