Lapan rakyat Malaysia terkandas di Uganda selamat tiba

KAMARUDIN JAFFAR
KAMARUDIN JAFFAR
A
A
A

PUTRAJAYA - Lapan rakyat Malaysia yang terkandas di Uganda berikutan penutupan kemasukan ke negara itu akibat pandemik Covid-19 selamat tiba di tanah air pagi ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam kenyataannya berkata, kesemua individu tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.25 pagi.

"Setibanya di KLIA, semua menjalani proses saringan kesihatan serta perlu dikuarantin 14 hari di kediaman masing-masing selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Menurutnya, kumpulan terbabit berlepas menggunakan penerbangan sewa khas dari Uganda ke Tanzania dan seterusnya penerbangan komersial Qatar Airways dari Tanzania.

"Repatriasi ini dibiayai secara bersama oleh kerajaan dengan mereka.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, Kenya dan Encik Habib Kagimu, Konsul Kehormat Malaysia di Uganda yang telah membantu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!