Isteri John Travolta meninggal dunia

Preston meninggal dunia akibat kanser payu dara.
Preston meninggal dunia akibat kanser payu dara.
A
A
A

LOS ANGELES - Setelah berjuang selama dua tahun melawan penyakit kanser payudara, isteri kepada pelakon Hollywood, John Travolta meninggal dunia semalam.

Berita kematian Kelly Preston, 57, disahkan oleh Travolta menerusi status di Instagram miliknya, lapor ABC News.

"Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.

"Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai," tulisnya.

Menurutnya, buat ketika ini, beliau akan meluangkan masa untuk bersama anak-anaknya yang baru kehilangan ibu mereka.

"Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya anda tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua," katanya.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun dan memiliki tiga cahaya mata, Ella, 20, Benjamin, 9, dan Jett yang meninggal di usia 16 tahun pada Januari 2009.

Perjalanan karier Preston dalam industri filem amat disegani dan kebanyakannya digandingkan bersama suaminya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!