22 terbunuh nahas bot karam di Uganda
Dalam kejadian semalam, bot malang itu dipercayai membawa kira-kira 100 penumpang sebelum tenggelam dalam keadaan cuaca buruk tidak jauh dari pantai Mutima di daerah Mukono.
"Setakat ini, hanya 26 orang berjaya diselamatkan. Menurut salah seorang saksi yang terselamat, terdapat lebih 90 penumpang berada di atas bot itu semasa ia karam," kata pengarah operasi polis, Asuman Mugenyi.
Tambah Mugenyi, cuacaa buruk dan lebihan muatan dipercayai punca kejadian.
"Penumpang berpesta di atas bot. Mereka dikatakan minum arak, menari dan menyanyi. Malangnya, ada penumpang mabuk ketika bot itu karam," ujarnya.
Katanya lagi, usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa yang hilang. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!