Bilik dipenuhi sampah, dikaitkan dengan penyakit
JAKARTA - Seorang wanita terkejut apabila mendapati bilik rakan serumahnya dipenuhi sampah sarap hingga mengundang bau kurang enak.
Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pelayar Twitter, @ksiezyc26 memberitahu, bilik itu sangat kotor dengan setiap ruang dipenuhi timbunan sampah seperti bekas makanan, plastik, dan botol yang bertaburan.
Ciapnya, rakannya itu keluar dari rumah tersebut dua bulan lalu selepas menghuni rumah selama dua tahun.
"Saya tidak mengenalinya, sekali-sekala ada melihat dia ke bilik mandi, kami jarang bertemu kerana sibuk bekerja, kadang kala terserempak.
"Pemilik rumah mahu menyewakan bilik tersebut dan tidak sangka keadaan bilik kotor dan dipenuhi timbunan sampah," katanya.
Bagaimanapun, pada mulanya, @ksiezyc26 marah dan kecewa melihat keadaan bilik tersebut namun sebaik diberitahu, wanita berkenaan mempunyai penyakit dikenali sebagai 'hoarding disorder', dia mula bersimpati.
Katanya, menjelaskan 'hoarding disorder' adalah sesuatu keadaan psikiatri yang membuatkan seseorang individu mempunyai keinginan tinggi untuk mengumpul pelbagai jenis barang dalam kuantiti melampau dan lazimnya mereka sukar untuk membuangnya dengan rela hati.
Perkongsian tersebut menarik perhatian umum dan rata-rata berharap wanita berkenaan segera menerima rawatan di hospital kerana bimbang penyakitnya semakin serius.
SUMPAH GW KAGET BANGET BIASA LIAT DI BERITA SEKARANG LIAT SENDIRI DI KOSAN GW ADA ORANG YANG SELAMA INI TIDUR SAMA SAMPAH pic.twitter.com/c5QfoMIsIS
—
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!