Petai laku keras

Petai ditawarkan pada harga murah.
Petai ditawarkan pada harga murah.
A
A
A

TEMERLOH - Sebanyak 6,000 papan petai habis dijual dalam masa tiga hari sepanjang berlangsungnya 'pesta petai' di pekarangan sebuah kedai barangan terpakai di sini.

Peniaga, Mohd Adzly Othman, 43, berkata, petai dijual pada harga lebih murah itu diperoleh dari Thailand.

"Setiap ikat petai mengandungi 100 papan petai. Pada 'pesta petai' kali ini saya menjual 600 ikat petai mengikut gred berharga antara RM25 hingga RM60 seikat.

"Oleh kerana harga agak murah, orang ramai khususnya pemborong tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bekalan petai ini. Pagi-pagi lagi mereka sudah menunggu," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia bercadang untuk menganjurkan jualan sama pada minggu depan untuk memberikan peluang kepada orang ramai mendapatkan petai pada harga berpatutan.

"Pelanggannya yang datang bukan sahaja dari daerah ini malah ada dari luar Pahang," katanya kepada Sinar Harian.

Adzly (kanan) bersama salah seorang pelanggan yang membeli petai dijualnya.
Adzly (kanan) bersama salah seorang pelanggan yang membeli petai dijualnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!