Tolong hormati perasaan kami...

Rakan mangsa memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Rakan mangsa memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
A
A
A

BUTTERWORTH - Keluarga mangsa kemalangan maut, Moey Yun Peng, 20, berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atas kemalangan yang menimpa mangsa.

Mengakui agak sedih dengan komen-komen netizen di laman sosial, individu yang merupakan salah seorang ahli keluarga mendiang berkata, perkara tersebut biarlah pihak berkuasa yang jalankan siasatan.

"Kami agak tertekan apabila melihat komen-komen di media sosial, ramai yang menaburkan kata-kata mendakwa mendiang berlumba.

"Bagi kami, perkara tersebut tidak dapat disahihkan sama ada dia benar-benar berlumba atau tidak, apa pun sebaiknya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.

Ahli keluarga mangsa sedang melakukan ritual keagamaan.
Ahli keluarga mangsa sedang melakukan ritual keagamaan.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya memohon agar gambar-gambar mangsa di laman-laman sosial dipadamkan segera.

"Saya akui ibu dan ayah sendiri tak sanggup nak lihat, mereka ada ternampak dalam laman sosial, jadi saya mohon kepada orang ramai agar segera padam gambar-gambar itu.

"Bukan apa, sekarang mendiang sudah berjaya ditemui, kami amat bersedih, harap semua dapat hormati perasaan kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!