Speaker bukan pegawai khas sesiapa!

No Image Caption
A
A
A

SIAPA pun yang ikuti video sidang media Tan Sri mantan Speaker dan mantan Timbalan Speaker akan bersimpati dengan mereka.

Mereka dengan tenang jelaskan pendirian mereka berhubung dengan apa yang berlaku.

Kata Tan Sri mantan Speaker, orang yang diamanahkan di tempat itu harus bertindak ‘neutral, bebas dan tidak boleh dikongkong oleh pihak eksekutif’.

Kata beliau lagi, jawatan Speaker ‘bukan pegawai khas Kabinet, menteri atau Perdana Menteri’.

Beliau ingatkan juga, apa yang berlaku di Malaysia agak luar biasa.

Beliau berikan contoh hanya negara Tobago dan Trinidad yang pernah singkir Speaker Parlimen, itu pun disebabkan Speaker berkenaan ada tuduhan rasuah ke atas beliau pada tahun 1990-an.

Selama 800 tahun sistem Parlimen di Great Britain, hal seperti itu tak pernah berlaku, sedangkan sistem kita ikut model Westminster.

Beliau juga mahukan kita meletakkan kayu ukur yang tinggi dalam sistem Parlimen kita, setaraf dengan yang terbaik di dunia.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga ada menyebutkan sama ada cabang Eksekutif dan Legislatif, kedua-duanya ada peranan masing-masing, yang satu tak boleh control yang lain.

Sementara itu, Nga Kor Ming menegaskan perlunya usaha reformasi Parlimen diteruskan oleh Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!