Penduduk dunia berjumlah 8.8 bilion pada tahun 2100
PARIS - Penduduk dunia akan berjumlah 8.8 bilion pada tahun 2100, berkurangan dua bilion berdasarkan ramalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor satu kajian yang disiarkan pada Rabu ini.
Ia menunjukkan perubahan kuasa baru global yang dibentuk oleh penurunan kadar kesuburan dan penduduk yang sudah berusia.
Menurut satu kajian oleh pasukan penyelidik dalam jurnal The Lancet, menjelang akhir abad ini, 183 daripada 195 buah negara sekiranya tidak mengambil kira kebanjiran imigran akan mengalami pengurangan penduduk di bawah paras yang diperlukan untuk mengekalkannya.
Lebih 20 buah negara termasuk Jepun, Sepanyol, Itali, Thailand, Portugal, Korea Selatan dan Poland akan menyaksikan jumlah penduduknya berkurangan sekurang-kurangnya separuh.
China akan mengalami penurunan penduduk daripada 1.4 bilion ketika ini kepada 730 juta dalam tempoh 80 tahun lagi.
Sementara itu, di Sub Sahara Afrika, jumlah penduduknya akan bertambah tiga kali ganda kepada kira-kira tiga bilion penduduk dengan Nigeria kepada hampir 800 juta orang pada tahun 2100 dan berada di tempat kedua ialah India mencatatkan sebanyak 1.1 bilion. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!