Kena patuh SOP termasuk sekolah tidak berdaftar

Najmi (dua kiri) ketika lawatan di Sekolah Agama Daris Sungai Jagung hari ini.
Najmi (dua kiri) ketika lawatan di Sekolah Agama Daris Sungai Jagung hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri mengarahkan semua institusi pendidikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk 74 buah sekolah tidak berdaftar membabitkan 2,779 murid yang memulakan persekolahan hari ini.

Exco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, antara institusi agama Islam yang tidak berdaftar di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (Enakmen Bilangan 8 Tahun 1988) itu membabitkan sekolah rendah Islam, maahad tahfiz, madrasah dan pondok.

"SOP dan pematuhan tetap sama walaupun tidak berdaftar," katanya selepas melakukan pemantauan hari pertama persekolahan selepas PKP di Sekolah Agama Daris, Sungai Jagung di sini hari ini.

Pelajar Sekolah Agama Daris dipantau mematuhi SOP hari pertama persekolahan selepas PKP.
Pelajar Sekolah Agama Daris dipantau mematuhi SOP hari pertama persekolahan selepas PKP.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Syeikh Hasbullah Md Mukhtar.

Selain itu, Najmi memberitahu, tiada keperluan untuk menjadikan persekolahan satu sesi kepada dua sesi namun bergantung kepada pihak pengurusan.

Sementara itu, Hasbullah berkata, kesemua sekolah yang tidak berdaftar diberi kebenaran beroperasi tetapi JHEAIK akan membantu melengkapkan proses pendaftaran termasuk isu berkaitan pemilikan tanah,"katanya.

Beliau berkata, sebagai usaha bagi memastikan sekolah agama di Kedah mematuhi SOP, lawatan sebelum dan selepas beroperasi telah dilakukan di samping pemantauan Jemaah Nazir dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, seramai 195,929 pelajar memulakan persekolahan di negeri ini membabitkan sekolah bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, JHEAIK serta sekolah tidak berdaftar yang dibenarkan beroperasi hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!