Dua beradik naik bas ke Narathiwat

Dua beradik ditemui orang awam berada dalam keadaan selamat dipercayai menaiki bas hingga di Narathiwat, Thailand.
Dua beradik ditemui orang awam berada dalam keadaan selamat dipercayai menaiki bas hingga di Narathiwat, Thailand.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua beradik perempuan yang ditemui selamat semalam, selepas dua hari dilaporkan hilang mencari bapa dipercayai menaiki bas hingga tiba di Narathiwat, Thailand.

Nur Fatihah Najwa Seman, 12, dan adiknya Siti Nur Insyirah, 9, ditemui orang awam pada 7.30 malam semalam yang kemudian menghantar dua beradik itu ke balai polis sebelum diserahkan kepada bapa mereka Seman Omar, 37, yang hadir ke balai selepas itu.

Ibu mereka, Nazimah Abdullah, 33, berkata, hal kedua-dua anaknya yang ditemui selamat itu diketahui menerusi individu yang menemui anaknya itu di Narathiwat.

Katanya, bapa kepada kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak cerita lebih lanjut, kerana dua anak mereka itu masih lagi keletihan selepas hilang sejak Ahad lalu.

“Saya belum mendapat maklumat yang sebenar berhubung penemuan mereka kerana masih belum dapat bercakap dengan anak, namun sudah tahu mereka selamat.

“Saya diberitahu oleh orang yang menemui anak-anak saya itu, mereka menaiki bas ke sana (Narathiwat), tetapi selepas ini saya akan bertanya lebih lanjut dengan mereka sendiri apabila keadaan kembali tenang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!