Atlet Israel: Armada Kelantan sokong usaha kerajaan
JELI - Armada Bersatu Kelantan menyokong usaha kerajaan menghalang atlet Israel dari memasuki negara ini.
Ketuanya, Asran Alias berkata, malah rakyat negara itu sepatutnya turut dihalang dari memasuki mana-mana negara.
“Israel sebuah negara yang zalim dan tidak mengamalkan sistem demokrasi yang telus dan jelas melanggar dasar dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membenarkan Amerika membuka pusat diplomasi di negara itu.
“Kami kecam dan mengutuk tindakan ini dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak jika ada yang ingin membuat bantahan terhadap isu ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!