Covid-19: Kes terus meningkat di Indonesia, lepasi angka 80,000

 Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat dan kini melepasi angka 80,000 kes iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,522 dalam tempoh 24 jam.
Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat dan kini melepasi angka 80,000 kes iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,522 dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat dan kini melepasi angka 80,000 kes iaitu tambahan kes baharu sebanyak 1,522 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini sebanyak 87 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,797 orang.

“Jumlah kes positif kini 80,094 manakala sebanyak 24,871 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,275 kes diikuti Jakarta (706 kes), Jawa Tengah (258), Sulawesi Selatan (251) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!