Lelaki 94 tahun main gelongsor air curi perhatian
CHOCTAW - Usia bukan penghalang seorang lelaki berusia 94 tahun untuk bermain gelongsor air di sebuah kolam renang di Oklahoma di sini.
Michael Graham dari Choctaw, Oklahoma berkongsi video di Facebook menunjukkan datuknya juga seorang veteran Tentera Udara Amerika Syarikat teruja bermain gelongsor air bersama ahli keluarga lain, lapor MSN.
Dia tidak menolak permintaan datuknya sebaliknya membantu lelaki itu menaiki tangga sebelum menggelongsor ke dalam kolam renang.
Ahli keluarga juga dilihat bersiap sedia menjaga keselamatan lelaki tersebut termasuk di dalam kolam renang.
"Saya amat sayangkan datuk dan berharap dapat bersama sepanjang hidupnya," katanya.
Video tular tersebut berjaya meraih lebih 8 juta tontonan dan dikongsi hampir 200,000 kali sejak dimuat naik minggu lalu.
Kata netizen @Alice, "Sebenarnya tidak ada had umur untuk berseronok!".
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!