Anak curi lebih A$1 juta duit bapa

Mahkamah Wilayah Victoria, Australia akan menjatuhkan hukuman ke atas Kyle Kepkey pada satu tarikh lain. - Foto Google Map
Mahkamah Wilayah Victoria, Australia akan menjatuhkan hukuman ke atas Kyle Kepkey pada satu tarikh lain. - Foto Google Map
A
A
A

MELBOURNE - Seorang lelaki muda playboy menipu lebih A$1 juta (RM2.98 juta) daripada bapanya dan membelanjakannya untuk membeli dadah, permainan video, mengubah suai kereta dan wanita.

Menurut laporan MailOnline pada 14 Julai lalu, lelaki itu, Kyle Kepkey, 30, mengaku bersalah terhadap dakwaan menipu apabila dia hadir di Mahkamah Wilayah Victoria, Australia pada Isnin lalu.

Bapanya menjual rumah pada harga A$1,181,792 (RM3,527,265.63) pada tahun 2017 tetapi dia kini meneruskan kehidupan dengan bantuan wang kebajikan Centrelink setelah hanya mempunyai baki wang sebanyak A$20 (RM59.69)

Mahkamah diberitahu, bapanya berpindah ke Victoria dari New South Wales pada awal 2017 dan diberitahu dia boleh hidup dengan A$70,000 (RM208,927.29) setahun daripada hasil wang jualan hartanah.

Namun, Kepkey memperoleh akses akaun bank online bapanya dan dia berjaya membuat hampir 30 transaksi dan mencuri A$1,001,330 (RM2,988,645.12), lapor Herald Sun.

Kepkey turut memperoleh A$2,000 (RM5,968.41) selama dua minggu dengan bekerja di dua buah syarikat teknologi ketika itu, mahkamah diberitahu.

Bapanya tidak mempunyai idea tentang penipuan Kepkey sehingga dia mendapati akaun banknya tidak mempunyai wang yang cukup semasa membuat pengeluaran di sebuah mesin Mesin Teler Automatik (ATM).

Dia juga memberikan bekas kekasihnya A$10,000 (RM29,842.06) sebagai ganjaran kerana berpisah.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah diberitahu, dia membelanjakan A$26,000 (RM77,589.36) mengubah suai sebuah kereta Honda Civic yang dibeli oleh bapa untuknya.

Namun, dia mencuri lagi sebanyak A$14,000 (RM41,785.46) selepas bapanya membayar untuk percutian Kepkey ke Tokyo.

Mahkamah juga diberitahu, Kepkey membelanjakan A$4,000 (RM11,936.82) seminggu untuk dadah dan $20,000 (RM59,684.12) untuk kekasihnya ketika itu bagi tujuan membeli-belah.

Dia kini ditahan dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada satu tarikh lain. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!