PKR Perak sedia letak calon DUN Slim

FARHASH WAFA SALVADOR
FARHASH WAFA SALVADOR
A
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi parti terawal mempertimbangkan untuk meletak calon sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim diadakan.

Ia berikutan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib akibat serangan jantung hari ini.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak membayangkan untuk meletakkan seorang calon anak tempatan di kerusi tersebut.

"Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia petang tadi.

"PKR akan mempertahankan legasi Allahyarham dengan mencalonkan seseorang dari kawasan setempat," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Farhash Wafa Salvador, pihaknya akan meneruskan usaha dalam membela nasib rakyat sebagai pembangkang ketika waktu yang mencabar ini.

Jelasnya, ketika negara mengalami krisis Covid-19 dan rakyat sedang menghadapi kemelut ekonomi, gerakan reformasi akan diteruskan.

Pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) lalu, Mohd Khusairi menang di kerusi DUN Slim menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Artikel Berkaitan:

Mohd Khusairi yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim menjadi ADUN Slim sejak tahun 2004.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!