40 peratus banduan mental

IMG
IMG
A
A
A
KOTA BHARU - Sejumlah 40 peratus daripada 36,000 banduan dadah di negara ini dikesan menghidap sakit mental.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan berkata, banduan tersebut didapati sakit mental akibat pengambilan dadah jenis sintetik.
Menurutnya, daripada jumlah itu juga hanya kurang 10 peratus daripada mereka yang sakit mental berpunca daripada keturunan.
“Jumlah banduan di negara ini seramai 60,000 dan 60 peratus iaitu 36,000 daripadanya adalah kesalahan dadah.
“40 peratus yang disahkan mental itu adalah perkara membimbangkan dan lingkungan usia mereka adalah 60 tahun ke bawah dengan banduan paling muda berusia 20an,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!